Hujan Senja [ Part 14 ]
Nong Chik, Johor Bahru
"Mummy tanya apsal you don't call anymore?" Terdengar keluhan kecil di corong telefon.
"I got lots of things to do" Mendengar ungkapan itu Harry tergelak . Lot of things to do. The truth is kau sama saja dengan aku menghabiskan duit daddy.
"Come on, who are you fooling man?"
"I'm fucked up ok.That's the truth, if you really want to know."
"How fucked up is fucked up. Aku rasa takde sapa boleh lawan fucked up aku.Hahah"
"I got to go.Tell mummy, I'm ok, I'm all right. I just want to be alone." Klik, talian di matikan. Dia hanya mampu merenung gagang marmar yang agak berat itu. Cilakon, aku tak abis cakap dah letak.
Harry mengeluh. Kepala disandarkan ke kepala katil. Pelik budak ni.Intonasi suara yang hambar macam biskut meri lemau .Apalah yang tak kena? Aduh, sengal..sengal.Sudahla jangan pikir, tak bagus untuk complexion. Mengantuklah tapi tak nak tidur..sebab terlebih tidur dan setiap kali dia tidur Fierra akan datang dalam mimpi-mimpinya. Ahhh..Malas nak ingat! Setiap kali dia ingat, setiap kali itulah dia membayangkan dia mengoyakkan gambaran Fierra satu per satu.
Tit..tit. Sms. Siapa yang hanta sms lah?
Luv, mommy keluar pegi facial kejap. Bibik dah masak lunch but I think you should go out. Tadi mummy masuk bilik kamu, huru hara betul.Pegilah beli baju ke apa ke.Don't make me worry anymore.
Don't make me worry anymore..Don't make me worry anymore..Sejak dia balik ke JB, mummy tak pernah bising, bertanya tu penah tapi tak penah memaksa. Mummy memang baik, sangat memahami. Mungkin terlalu baik sampai anak-anak jadi spoilt.
Sekarang sudah timbul lagi masalah lain, masalah yang tak nampak di depan mata tapi sebagai seorang ibu dia dapat merasakan sesuatu terjadi. Dan lelaki itu sendiri tau memang ada pergolakan yang berlaku, yang tak nampak di depan mata. Tapi terasa di hati. Kesian mummy. Stress sampai pergi facial. Tu mesti pegi buat rambut sekali tu.
"I'm fucked up ok"
Ayat itu tidak pernah digunakan dalam keturunan melainkan kalau benar-benar perlu. Masih dia ingat lagi sewaktu kecik dulu pernah satu hari budak tu di belasah daddy sebab pukul anak guru besar dekat sekolah. Alasannya anak guru besar tu cuba nak menekel girlfriend dia. Teruk memang teruk kena belasah sampai tak bangun dua hari. Birat jugakla belakang tu. Dia kesian juga tapi bila ditanya, jawapan yang diterima adalah..
"Nothing can bring me down", sambil buat muka takde perasaan.
Hah.Mungkin bongkak adalah salah satu trait keluarga.Tak tahulah dapat dari mana.
Jadi..kalau aku huru-hara, dia pon huru-hara..apa nak jadi nanti? Selama dia bersenang-lenang melayan perasaan, si remos itulah yang mengambil alih semuanya, tapi sekarang si remos pon dah ada aura nak melingkup..hummmm...
"Hello Miko..Akulah ni"
Office, Pondok Indah
Ada sesuatu yang tak kena disitu.Apa ya..Tapi memang macam tak masuk.Hmmm..Dia meneliti lukisan di hadapannya. Apa dia yang tak masuk niiiiii? Dem, aku benci betulla mental block macam ni. Ah, idea..please come.
"Hello, bz ?"
Demmit. Terkejut aku.Nasib baik tak mencarut.
"What are you doing here?" Seakan dia tak percaya melihat lelaki di depannya. Clean shaved.Wangi.Menggetarkan ji..demm..Tidak.
"Saja. I pergi tengok projek skejap and feeling wanting to have someone to lunch with. Jom?"
"You can't just drop by like this.Ngak manis kalau dilihatin teman-teman sekerjaan". Sesambil itu tangannya menyusun-nyusun lukisan dan tah hap-hapa lagi yang boleh di susun. Apa dia aku menggelupur ni? Dahla cakap endon. Komfem kantoi menggelupur.
"Takkanla tak boleh makan? Bukannya I tak pakai baju. Kalau I tak pakai baju yela tak manis. I ni siap pakai tie lagi ni".Sengih-sengih dia menyandar di tepi pintu, sambil memeluk tubuh.Ala yang macam biasa nampak dalam tv tu.
"Makan?Makan apa?I banyak kerja ni tau" Tsk..Apala punye jawapan ni?Memalukan. Stok macam drama tv 1 k.
"Really? Tapi you dah susun-susun barang you semua tu? Come on dear, having lunch will not make your thigh look fatter. If it does, I'll buy you a new skirt"
Kau ingat kelakar sangatla tu? But wait, I never saw this type of Ghazi. I mean he's soo loosen and relax. No more uptight Ghazi. Yelah, it's almost lunch and aku cuma makan 1 power bar yang rasa dia macam agak sial..tapi makan jugak sebab dia low carbo.Mentioning about low carbo, how dare he mentioned about my thigh and cakap gemuk some more. Perlahan-lahan matanya melilau memerhatikan peha yang dibaluti skirt. Shitlah. Gemuk ke peha aku ni? Selama ni dia nak cakap peha aku gemukla yeh? Mungkin aku tak patut pakai crème skirt hari ni. Patutnya pakai jeans je. Series depress ok.
"Tapi I'm on diet. I can only eat salad" Ujarnya sambil memicit-micit peha. Dalam cosmo cakap, pressing your thigh boleh membantu membakar lemak.Haha.Gile saiko.
"Fuck the diet. Dengan I takde istilah diet. Full course is a must"
Adina merenung tak percaya lelaki yang sudah mula keluar dari bilik. Hah? Macam tak percaya yang lelaki itu sesuka hati bossing around. Who the hell he think he is? Matanya di kecilkan sambil buat muka tak percaya.
Tiba-tiba Ghazi berpaling ke belakang.
"I'm sorry for my obscene language. Didn't mean to hurt you. It's just that I think lunch is a must for someone who fully utilized their brain and energy like you. Besides. People who are beautiful if they gain little bit weight, it won’t do any harm. Tetap cantik.Come.." Ayat yang terakhir disusuli dengan senyuman yang manis sambil tangan kanan di hulurkan.
Demmit. Aku lemah betulla bila orang cakap-cakap macam ni.Hilang kredibiliti sebagai seorang yang agak heartless dan ermm..tegas?
Mungkin disebabkan aura Ghazi yang memang sentiasa membuat orang tertoleh dua kali, rakan-rakan sekerja sudah mula mencuri pandang. Ada juga yang buat-buat nak photostat. Kalau aku tak bangun, nanti orang akan datang sini and berpura-pura nak tanya benda bukan-bukan padahal sebenanya nak busy body and yah, it’s no harm having lunch. Akhirnya dia bangun dan mencapai bag.
"Thanks luv."
Luv?Luuv? WTF?
"Suka nak makan sunda food tak?" Tanpa memperdulikan wajah Adina yang kelat Ghazi mengorak langkah sambil tangannya pantas mencapai jari-jemari Adina.
Di suatu sudut, seorang gadis bercargo pants hitam memandang bagai tak percaya. This I got to know!
House of Sunda.
Alunan muzik nausantara dimainkan perlahan-lahan. Mendamaikan. Atur susun restoran juga agak menarik. Padanan warna yang bagus, memang boleh membangkitkan mood.Not bad, siapa interior designer dia agaknya?
"Kalau tak nak bercakap dengan I pon tak apa, at least makanlah. The food is not bad tau" Lelaki didepannya sudah mula memegang sudu dan garfu.
Adina melihat hidangan yang tersedia ada. Appetizing. Ada ikan kerapu, cumi-cumi and ahh..yang paling best soto. Kalau ada sayur asam pon best juga tapi Ghazi pesan sayur erm..tak tahulah sayur apa ni. Nampak macam sedap.Habisla low carbo aku ni.Tidak jauh dari meja, pelayan berbaju seragam memerhati sambil tersenyum. Apa senyum-senyum mas? Adakah kerana peha aku gemuk? Hish, makanlah.Jangan merepek ok. Adina menyentuh nasi depannya. Ghazi yang telah mula mengunyah berhenti seketika dan menyendukkan sedikit ikan.
"Thanks". Dia bukan tak biasa disendukkan tapi kali ini sedikit kekok. Bukan tak pernah dia dilayan sebegitu. Selaluuu, oleh lelaki-lelaki miang tapi..entah..susahla nak cakap. Perhaps she was smitten this time? Smitten? God, kali terakhir dia rasa smitten ialah sewaktu..sewaktu..
Eh, sedapnya ikan ni.Yumm.
-------------------------------------------------------------------------
Main course sudah, desert pon sudah. Tapi Ghazi masih lagi duduk. Menyandar dan merenung keresahan. Macam ada sesuatu yang menggangu fikiran.
"Actually, I have something to tell you."
Aku dah agak dah. Sebelah kening diangkat tanda ingin tahu walaupun agak kurang berminat sebenarnya.
"Malam ni ikut I pegi function, company ada sponsor for this gala function. Diamonds exhibition and she is one of the model. Actually I planned not to come but someone has to represent the company.I pon kene professional jugaklah kan"
Oh, disinilah aku terpaksa memainkan peranan sebagai girlfriend.Girlfriend tipu-tipu. Macam terlupa pulak yang aku kene berlakon.
"What time, what's the theme?"
"Dinner macam biasala. Around 7.30 tapi kita datang pukul 8 takpe. Theme, formal.Black tielah. I pick you up around..say 7.30?"
"Ngak macet?" Dahi dikerut sedikit. Jakarta, kalau dah pukul 7.30..jangan haraplah kalau tak jem.
"Hm..betul jugak tu. Then, pukul 7.00.You know what to wear right?"
"Are you teaching me what to wear?" Iskh, kejinya dia ni. Takkanlah aku bangang sangat.
"You are tensed you know that? Yet you always tell me that I'm the one. I tanya sahaja sebab if you don't have anything to wear, we can shop after this."
"You nak I pakai apa?Galliano? Valentino?" dengan agak marah dia menjegilkan mata. Walaupun sebenany dia takde satu pon sepersalinan Galliono ataupun Valentino tapi dia saja bertanya. Saja. Nak provoke.
Ghazi tergelak. Aduh perempuan ni, hari ni berapa kali aku kene marah.Period agaknya dia ni.
"You pakai ajelah apa-apa ok.As long as you feel comfortable"
Buat-buat tak dengar, Adina meneguk minuman di depan sambil pura-pura memerhatikan sekeliling. Comfortable? Kalau aku pakai baju apa pun, dah tau dah takkan comfortable. Aduh, komfem kejung ok malam ni. Mesti letih nak sengih-sengih dekat semua orang dan berpura-pura berminat dengan conversation orang yang tak dikenali.
"Can I not go? I don't feel like going."Jari-jemarinya perlahan-lahan bermain di bibir cawan. Matanya dalam-malam memerhatikan ke dalam isi cawan walaupun air yang sedia ada dalam cawan sudah sejernih yang mungkin. Entah apa yang direnungnya dia sendiri tak tahu. Mungkin dia hanya mahu mengelak dari melihat wajah lelaki di depan.
Satu keluhan.
"Sekejap aja. Kita meet the guest and I say one or two words, makan and then I send you home."
Dia tidak menjawab apa-apa. Cuma melemparkan satu pandangan yang kurang pasti. Still not feel like going.
"I tak nak paksa but please help me get through his".
Ya, disitulah dia memanipulasikan kelemahan aku. Please help me get throught this. Mata di tutup rapat. Try to be in his shoes. Engkau sampai di majlis itu keseorangan. Duduk di meja depan bersama sponsor-sponsor yang lain. Terpaksa buat-buat gembira padahal dalam hati macam celake bila ternampak bekas kekasih hati yang pernah dicintai dan masih dicintai separuh mati berjalan-jalan sambil tersenyum-senyum. Kemudian, engkau akan nampak dia menerima jambangan bunga dari lelaki yang paling dibenci buat masa ini. Mungkin juga lelaki itu akan berada di situ.Mungkin ya mungkin tidak tapi yang pasti, perasaan celake itu harus ada. Dan kemudian..orang-orang sekeliling akan saling pandang-pandang sebab siapa tak kenal angela..dan pacarnya..I mean bekas pacar.And you will fell like shit.
"Ok, pukul 7. Don't be late. I hate unpunctuality."
Terpaksa ok.
"Thanks, you won't be sorry. I promise". Ada satu senyuman kemenangan di situ.
"Don't think I'm enjoying this ok, because I don't". Serentak itu dia bangun sambil menarik handbag.
Hmm..Nak pakai apala malam ni?
Aduhhhhhhhhhhhhhhhhh.........
bersambung
